zikrullah
Ayat 255dariSurah Al-Baqarahyanglebih dikenalisebagai‘Ayat Al-Kursi’ini juga digelar‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karenakebesaran dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.Ayat ini disebut‘Ayat Kursi’kerana di dalamnya terdapat perkataan‘KURSI’, bermaksud‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’.Iaitusyiarataskebesaran Tuhanyangmeliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi...Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum.Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim...Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)Ayat Kursi adalahseutama-utama ayatdalamAl-Quran.Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kitamengamalkanmembaca surah Kursi. Fadhilat dankehebatanayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:1.Orang yang selalu membaca ayat Kursidicintaidan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.2.Sesiapaberwudhuklalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi40 darjatdan Allah akan mendatangkan paramalaikatmenurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.3.Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan70000 Malaikatkepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.4.Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnyakebaikkanyang tidak terhitung banyaknya.5.Membacanya dapat menghilangkan rasa marah,dijauhibala bencana dan gangguan syaitan.6.Sesiapa membacanya ketika dalamkesempitannescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.7.Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakirandidepan matanya.8.“Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi12 kalipadapagi Jumaat, kemudianberwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allahmemeliharadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”9.Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya danmenghapuskankeburukannyadari detik itu sampai esok hari,10.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuhkhusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jinterbakar.11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:1.Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allahberhasilhajatnya.2.Memperolehihidayahdan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.3.Meningkatkankecerdikandan terang hati.4.Terlepas dari masalah dan kesukaran sertadimudahkanrezeki dan cita-cita..12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas solat fardhu, ia akan;1.Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain danterpeliharadaripadatipudayadanganguan syaitan.2.Allah menganugerahkannya hati-hati orang yangbersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.3.Allah akan mengambilrohnyaseperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga matisyahid.4.Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dandibangkitkanbersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.5.Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuksyurga.6.Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yangmuttaqindan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga..13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaringdi tempat tidurnya;1.Allah SWT. mewakilkan duaMalaikat memeliharanyadan menjaga selama tidurnya hingga subuh.2.Allah akan membukapintu rahmatbaginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.3.Terselamatdari kecurian, kebakaran dan kekaraman.4.Allah mengurniakankeselamatankepadanya dan jiran- jirannya.5.Jika sipembacanyameninggal duniapada malam itu, ia dikira mati syahid..14. Mereka yangberamaldengan bacaan ayat Kursi akan;1.Mendapat pertolongan sertaperlindunganAllahdaripada gangguan serta hasutan syaitan.2.Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadibentengyang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.3.Allah akan memberikan keselamatan ketika dalamperjalanannya..Bacaan Ayatul Kursi..Khasiat Ayat Kursi:Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;1.Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya(50 kali),lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah,dicerdaskanakal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.2.Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak18 kali; Insya Allah ia akan hidupberjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagaihikmah, dimurahkanrezekinya, dinaikkan darjat danmartabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya sertaterpeliharaia dari segala bencana.3.Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal danmenunaikan segala hajatnya, danmelapangkanfikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.4.Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak50 kali, atau sebanayk170 kali, Insya Allah musuh tidak akanmelihatnyadan tidak akan memudharatkannya.5.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membacaayat Kursi sebayak1000 kalidalam sehari semalam selama40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandanganrohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).6.Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya1,000kesukaranduniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaranukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.7.Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyakanggota sujud (7 kali)setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.8.Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendaktidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadipenjagadanpelindung syaitan.9.Mereka yang mengamalkan membaca7 kali ayat Kursidan7 kalibagi setiap3 Qulselepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapathikmahdan kelebihan yangtidak terduga.10.Jika berpindah kerumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklahmembaca ayat Kursi100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguanzahir dan batin.11.Sesiapa membacaSurah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nashdan diniatkan lalu ditiuppada tengahkepala anak-anak, nescaya boleh menjagakeselamatannya, memudahmenerima nasihatdan ia tidak akan bercakapdustalagi.12.Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi7 kali sebelum keluar rumahatau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka diaterselamatdaripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:*.Terselamat dari terkenasihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.*.Terselamat daripadakejahatanseperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.*.Dijauhkan darimusibah jalananseperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya..Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati..Wallahu A’alam Bissowab
No comments:
Post a Comment